Monday, August 30, 2010

Perumpaan tentang kehidupan



Dunia ini umpama lautan yang luas. kita adalah kapal yang belayar di lautan yang telah ramai karam di dalamnya. Seandainya muatan kita adalah iman dan layarnya adalah takwa, nescaya kita berjaya selamat dari terus tersesat di lautan hidup ini.





Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.  


 
   
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yangmengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Saturday, August 28, 2010

Apa anda tahu tentang kaunseling?

Mitos Khidmat Kaunseling


  • Kaunseling adalah nasihat
  • Hubungan kaunseling hanya sehala
  • Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia (klien)
  • Kaunseling menyelesaikan masalah/persoalan hidup
Tidak semestinya hanya pelajar yang bermasalah boleh datang berjumpa guru kaunseling. pelajar-pelajar lain juga boleh berjumpa dengan kaunselor dan mendapatkan bimbingan dari kaunselor...


Apa sebenarnya Bimbingan & Kaunseling?

Perkhidmatan percuma & ikhlas yang disediakan kepada ANDA untuk mengatasi segala persoalan berkenaan:

* Peribadi & emosi anda
*Perkembangan pelajaran
*Belajar dengan lebih berkesan
*Perlakuan tidak selaras, pendiam, susah hendak bergaul, selalu berpandangan negatif
*keluarga




Thursday, August 26, 2010

Dunia Kaunseling

Matlamat perkhidmatan bimbingan & kaunseling
  • supaya ANDA memahami tentang diri anda
  • supaya ANDA dapat menerima diri ANDA & mempunyai pandangan yang objektif & realistik
  • supaya ANDA dapat mengenalpasti apakah keperluan diri agar mudah membuat perancangan yang berkesan di dalam kehidupan pada masa sekarang & akan datang
Bagaimana Perkhidmatan ini dijalankan

Perkhidmatan ini dijalankan melalui:
- Kaunseling Individu
( Pertemuan ANDA dengan kaunselor)


- Kaunseling Kelompok
( Pertemuan ANDA dan rakan-rakan dengan kaunselor)

Segala perbincangan anda dan maklumat yang anda berikan adalah dirahsiakan

Wednesday, August 25, 2010

Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling



* Perkhidmatan Pengajaran dan Latihan

# Bagi mereka yang memerlukan latihan, makluman atau kemahiran.

Sebagai contoh, Pelajar sekolah perlu tahu berkenaan bahaya penyalahgunaan dadah, merokok, dan sebagainya.

- Contoh lain seperti pemilihan pekerjaan, cara-cara pembelajaran yang berkesan, Persediaan menduduki peperiksaan, pengurusan masa dan cara menghadiri temuduga



* Perkhidmatan kaunseling

# Bagi mereka yang memerlukan khidmat kaunselor dalam menyelesaikan sesuatu masalah contoh pemilihan kerjaya dan pelbagai aspek yang berkaitan




* Perkhidmatan mengambil ujian

# Kaunselor akan menyediakan ujian IQ, ujian Personaliti dan minat kepada klien supaya mereka dapat memilih kerjaya yang sesuai dengan minat dan personalitinya. Di samping, pelajar dapat mengenali, dan memahami diri mereka dengan lebih mendalam


Tuesday, August 24, 2010

KENALI DIRI ANDA

Setiap individu mesti mempunyai keperibadian yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ada menyediakan pelbagai jenis inventori termasuklah inventori personaliti dan minat kerjaya. melalui inventori-inventori tersebut pelajar boleh mengetahui diri mereka dengan lebih mendalam lagi.


Terdapat pelbagai jenis inventori, Antaranya seperti berikut:

* Ujian Personaliti Kerjaya Holland

* Ujian Minat Kerjaya SDS

* Inventori Personaliti Sidek

* Inventori Personaliti Warna (IPW)

* Inventori Gaya Bercinta (IGB)

Sunday, August 22, 2010

MOTIVASI DIRI


RENUNGAN BERSAMA

Wahai rakan-rakan sekalian…
Cuba kita renung sejenak,
Di manakah ibu…
Di manakah ayah kita sekarang?
Apakah yang sedang mereka lakukan?

Senyuman…
Ciuman kasih…
Pelukan mesra…
Masihkah kita ingat semua itu?
Betapa dalamnya kasih dan sayang mereka kepada kita,
Betapa besarnya pengorbanan mereka pada kita.

Apakah balasan kita pada mereka?
Apakah pengorbanan kita pada mereka?
Adakah kita betul-betul menyayangi mereka?
Adakah mereka sentiasa di hati kita?

Tanyalah hati kita…
Tanyalah diri kita...
Siapakah di hati kita pada ketika ini?
Adakah ibu tua…
Yang telah penat membesarkan kita,
Mengasuh kita, menjaga kita dengan penuh kasih sayang.

Ingatkah rakan-rakan sekalian…
Walaupun seekor nyamuk tidak dibenarkan hinggap di tubuh kita,
Apatah lagi untuk menggigit kita,
Betapa besarnya pengorbanan mereka.

Sekarang…kita telahpun dewasa dan akan mengecap kejayaan,
Tetapi ingatkah kita bahawa ayah dan ibu kita sekarang sudah tua,
Hanya membilang hari untuk bertemu Pencipta,
Semoga kita semua tidak lupa jasa dan pengorbanan mereka,
Semoga kita semua diberkati mereka,
Semoga kita semua tidak digelar anak yang derhaka.

Serulah…serulah…serulah...
Ibu dan ayahmu…
Setiap hari, setiap detik, setiap masa…
Selagi mereka masih bernafas.
Mak…ayah…



Marilah kita bersama-sama mendoakan kebahagiaan dan keselamatan emak dan ayah. semoga suatu hari nanti kita akan dapat membalas jasa mereka dan menjadi anak yang soleh dan solehah..InsyaAllah...







Semoga kita akan menjadi anak yang soleh di samping sentiasa membahagiakan kedua ibu bapa kita. ibu bapa merupakan anugerah yang terbesar yang kita miliki.






Hargailah ibu dan bapa selagi mereka masih ada dan balaslah jasa mereka dengan kasih sayang dan kejayaan yang mereka inginkan.

Saturday, August 21, 2010

Kisah pokok epal

Suatu masa dahulu, Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.




Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
 "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.


Masa berlalu...




Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. " Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.


"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.



"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.


Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.


Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.


"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.


"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.


Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.



CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA, BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP, KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN, NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU. TETAPI FIKIRKANLAH ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARIBAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA CERITA INI MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.


Friday, August 20, 2010

PANDUAN BERSAMA

10 Tabiat yang Menyebabkan Kerosakan Otak


1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi


Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi maka paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Hal ini menyebabkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikan individu tersebut kurang aktif.

2. Terlebih Makan


Hal ini membebankan pembuluh otak dan menurangkan kuasa mental otak

3. Merokok


Asap rokok mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

4. Penggunaan Gula Berlebihan


Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat


5. Pencemaran Udara


Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih Tidur


Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup Muka Ketika Tidur


Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan Otak Bekerja Semasa Kita Berada di dalam Keadaan Kurang Sihat


Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang Berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.


10. Jarang Berfikir


Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Thursday, August 19, 2010

Fakta berkenaan ketawa



Terdapat manfaat dan fakta yang aneh di sebalik tertawa

1. Bayi tidak boleh ketawa sehingga mereka berusia tiga bulan.

2. ketawa selama 10 hingga 15 minit boleh membakar banyak kalori

3. Ketawa mampu mengeluarkan udara di dalam paru-paru dengan kepantasan 60 mph

4. terdapat 17 otot wajah yang digunakan untuk tersenyum, sedangkan memerlukan 47 otot wajah apabila mengerutkan dahi

5. seseorang yang sering ketawa memiliki risiko penyakit jantung 40% lebih rendah berbanding orang yang murung

6. percayakah anda, terdapat tanaman yang disebut bunga tawa. apabila melihatnya anda akan tertawa seperti orang gila selama 1/2 jam.

7. kebanyakan anak berusia 6 tahun ketawa sebanyak 300 kali sehari. tetapi apabila semakin meningkat tua akan berkurangan menjadi 15 kali sehari

8. Baik untuk perut, sekiranya tertawa 1 jam tanpa henti
Oleh itu, tertawalah kerana ketawa adalah salah satu rahsia awet muda. tetapi ingat jangan berlebihan :)

Wednesday, August 18, 2010

ISU SEMASA

Video pelajar bergaduh dengan guru





Semakin maju zaman, semakin banyak perlakuan yang tidak sopan ditonjolkan oleh pelajar-pelajar. tetapi, pelajar tidak boleh disalahkan 100%, sebagai seorang guru seharusnya beliau bertindak dengan lebih profesional seperti melayan percakapan pelajar tersebut dengan lembut & tidak hanya terlalu pelajar tersebut sehinggakan pelajar itu sanggup meninggikan suara kepada gurunya....renung-renunglah bersama...

Tuesday, August 17, 2010

PROGRAM BERTEMAKAN AKADEMIK


Inilah banner kumpulan kami, hasil ciptaan bersama-sama. Menarik kan... Banner ni telah disiapkan dalam tempoh yang agak singakat. sebab tu lah apa yang penting.....kerjasama...


Sewaktu sesi bergambar bersama pelajar...macam-macam telatah pelajar...ada yang berebut-rebut nak ambil gambar..tapi ape pun pelajar SMKSB memang bagus-bagus & menghiburkan hati saya....thanks kpd adik-adik...