1) Teknik Membaca KWLH
merupakan singkatan daripada:
K (Know) = Apa yang telah
diketahui (sebelum membaca)
diketahui (sebelum membaca)
W (Want) = Apa yang hendak diketahui ( sebelum membaca)
L (Learned) = Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (How) = Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang
berkaitan (untuk pembacaan seterusnya)
berkaitan (untuk pembacaan seterusnya)
Pembaca perlu:
* Mengingati apa yang telah diketahui
* Membayangkan atau menentukan apa yang ingin diketahui
* Melakukan pembacaan terhadap bahan yang telah dipilih
* Mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru
dilakukan
dilakukan
* Menentukan perkara yang perlu ditambah sekiranya perlu membuat
pembacaan yang seterusnya.
pembacaan yang seterusnya.
Teknik pembacaan ini membolehkan pembaca mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan tambahan yang diperoleh hasil daripada pembacaan. di samping menentukan apa yang telah diperoleh daripada pembacaan dan menentukan apa lagi yang diperlukan untuk mendapatkan maklumat tambahan
2) Teknik Membaca SQ3R
SQ3R ialah teknik membca secara kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal tentang kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R merupakan singkatan bagi :
S (survey) = tinjau
Q (Question) = soal / tanya
R (Read) = baca
R (Recite) = imbas kembali / nyatakan secara lisan
R (Review) = baca semula
Survey (tinjau) merupakan langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. hal ini perlu dilakukan dengan cara meneliti tajuk utama, tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan dan perenggan terakhir di bahagian buku atau teks.
Read (baca) merupakan peringkat pelajar perlu membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapatkan segala jawapan terhadap soalan-soalan yang telah disenaraikan sebelum ini.